Indahnya Syurga
Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: "Sesungguhnya ia
(Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di
dekatnya ada syurga tempat kembali."
Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

Bacaan surah Al-Baqarah,
ayat 25 yang bermaksud:
“Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka
diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata:
“Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki
itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk
mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih
suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”
Syurga merupakan tempat
menerima nikmat selama-lamanya. Tiada kesakitan atau kesusahan dalam syurga,
sepertimana yang disebut dalam ayat 21, surah At-Taubah yang bermaksud:
“Mereka digembirakan oleh
Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga;
mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.”
Dalam satu hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Dalam syurga nanti ada
pokok, yang bayangnya, jika kita naik kereta, satu tahun baru habis.” Itu baru
satu pokok, kalau banyak bagaimana? Surah Al-Waqiah banyak memberi gambaran
tentang keadaan syurga, contohnya dari ayat 27-33:
[27] Dan puak kanan, –
alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka
bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan
pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan
naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan
air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang
tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya.
Huraian ayat – pohon bidara
di syurga tidak mempunyai duri seperti pohon bidara di dunia. Ayat 30
menerangkan tentang bayang pokok yang disebut Nabi SAW dalam hadis sebelum ini.
Di dalam syurga nanti tidak nampak matahari, cuma bayangnya yang kelihatan.
Terdapat banyak buah-buahan tanpa mengira musim dan tidak lagi terdapat
larangan untuk mendapatkannya. Nabi SAW juga pernah bersabda yang
ringkasannya bermaksud, “Jika hendak dibayangkan tentang syurga, terdapat benda
yang mata tak pernah lihat, telinga tak pernah dengar dan tak pernah terlintas
pun di hati manusia.”
Gambaran yang diberikan
tentang syurga memang indah semuanya, Orang
Islam, walaupun banyak buat maksiat, tetapi selagi dia mati dalam Islam,
InsyaAllah akan dimasukkan ke dalam syurga juga akhirnya setelah diberi pembalasan
atas perbuatan jahatnya di neraka. “Bagaimana keadaan
orang yang pernah disiksa di neraka ketika mereka masuk syurga, Tidakkah mereka
ini telah rentung dibakar?”Allah
SWT ada berfirman dalam surah An-Nisa’, ayat 45 yang bermaksud: “Sesungguhnya
orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan
membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus,
Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab
sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.”
Sebelum dimasukkan ke
syurga, bekas penghuni neraka akan dimandikan di sebatang sungai dan akan
eloklah kembali rupa parasnya. Dia akan menjadi muda kembali. Penghuni syurga
semuanya sebaya, dan sama tinggi. Ada diriwayatkan bahawa usia penghuni syurga
adalah seusia Nabi Isa ketika diangkat ke langit iaitu pada umur 33 tahun.
Tinggi pula setinggi Nabi Adam iaitu 60 hasta.
Keluasan Syurga
Berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 133 yang bermaksud: “Dan
segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala
langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Keadaan fizikal syurga dan kehidupan di syurga
Di syurga terdapat pokok, sungai, buah juga seperti di dunia, tetapi rasanya dan siftanya tidak sama. Di syurga juga ada bangunan, tetapi bahan binaanya emas, perak, dan permata. Ada dalam satu hadis Nabi SAW mengatakan yang lantai-lantai di syurga itu dibina daripada kasturi-kasturi yang wangi, batu kerikilnya daripada permata-permata. Segala nikmat syurga akan berkekalan, tiada perasaan putus asa, penghuni syurga ada sehelai baju saja. Baju itu takkan hancur, atau lusuh. Manusia akan kekal muda. Pakaian orang syurga berwarna hijau, dihiasi labuci-labuci dan diberi mahkota diperbuat daripada permata, mudanya takkan menjadi tua. Ayat 11-13 surah Al-Insan menceritakan lebih lanjut lagi seperti berikut:
[11] Dengan sebab
(mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari
kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka
keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
[12]
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan
Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga
dan (persalinan dari) sutera.
[13]
Mereka
berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang
berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya),
dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
Huraian ayat – syurga itu
tidak panas, dan tidak sejuk. Penduduk syurga duduk berehat di atas
kerusi-kerusi yang empuk (pelamin).
Syurga mempunyai 7 pintu, 7 tingkat atau 7 tempat. Surah Al-Hijr, ayat 44-45 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya
neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang
menurutmu). Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian
yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".
Ayat ini menerangkan bahawa
neraka itu ada 7 pintu, tetapi bukan syurga. Cuma, mengikut pandangan
para ulama, menurut hadis-hadis Nabi SAW, syurga itu ada banyak nama, ada yang
kata 6, ada yang kata 7 namanya. Ada yang kata berpandukan hadis Nabi SAW
bahawa syurga yang terbaik ialah Syurga Firdaus, yang rendah sedikit Jannatul
Ma’wa, kemudian Jannatul Na’im dan ada juga disebut Darussalam.
Sabda
Rasulullah SAW: “Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.”
Sungai di syurga
Ia tidak seperti syurga di dunia – ada
sungai mengalirkan susu, arak atau madu, tetapi sifatnya tidak seperti sifat
susu, madu atau arak seperti di dunia. Manusia takkan mabuk jika minum arak di
syurga nanti.
Syurga adalah tempat
untuk berehat, tidak perlu bekerja, tidak perlu beribadat. jika terasa hendak makan,
makan. Tiada masa-masa tertentu. Apa yang terlintas, akan terus Allah
makbulkan. Dalam surah Al-Waqiah ayat 15-23 ada diceritakan terperinci keadaan
di syurga.
15: (Mereka duduk di dalam
Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
16: Sambil berbaring di
atasnya dengan berhadap-hadapan.
17: Mereka dilayani oleh
anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa
beredar di sekitar mereka,
18: Dengan membawa
piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak
(yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
19: Mereka tidak merasa
pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
20: Dan juga (dibawakan
kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
21: Serta daging burung dari
jenis-jenis yang mereka ingini.
22: Dan (mereka dilayani)
bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
23: Seperti mutiara yang
tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Ayat 15-16, surah Al-Insaan
juga menceritakan perihal bekas minuman di syurga:
[15]
Dan
(selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): singgahsana dari
perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas
isinya)
[16]
(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak;
pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan
kehendak penggunanya.
Dalam surah Al-Insaan,
ayat 14, Allah berfirman yang bermaksud:
[13]
Mereka
berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang
berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya),
dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
Daripada ayat ini dinyatakan
dalam syurga tidak akan nampak matahari, jadi Wallah A’lam, ada malam atau tak.
Masuk ke syurga tanpa hisab
Firman
Allah dalam ayat 73, surah Az-Zumar yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang
bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan,
sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan
penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam
sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga
ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk).”
Empat golongan utama ialah
para Nabi, para Siddiqin, para syuhada dan seterusnya orang yang soleh. Rujuk ayat 34 surah
An-Nisa’ yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah
pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh
kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan)
atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan
(memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan
yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara
(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir
bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.
Dan
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka
di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan
pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada
kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
Dalam satu hadis daripada
Nabi SAW yang menceritakan bahawa oleh kerana syafaat yang dimiliki oleh Nabi
SAW, baginda dibenarkan membawa bersamanya 70 ribu orang ke dalam syurga.
Tetapi Nabi SAW memohon tambah lagi kepada Allah SWT dengan mengatakan yang
umatnya ramai. Jadi Allah izinkan setiap seorang untuk bawa 70 ribu orang lagi. Dalam surah Al-Waqiah, ayat 7-10, Allah berfirman yang bermaksud :
[7]
Dan
kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan
puak pihak kanan itu?
[9]
Dan
puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
Dan
(puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam
mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang
sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Ayat 10 menyatakan bahawa
golongan ini tidak perlu melalui hisab dan akan mendahului dalam menerima
nikmat syurga dari Allah SWT.
Pintu-Pintu Syurga
Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:
"Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka."
Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh kerana itu kalau
seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi,
maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut.
Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.
Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).
Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :
= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat
Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:
"Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah."
Jelaslah pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.
Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga
Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.
Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."

Lalu sahabat-sahabat
bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya
Rasulullah?"
Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).
Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:
"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya."
Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud:
"Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka."
Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.
Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:
"Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana."
Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim).

wallahualam.... ('',)
No comments:
Post a Comment